Lokasi
Lumut
Lumut
Alamat
Teluk Batik terletak di mukim Lumut lebih kurang 10 minit dari Bandar Seri Manjung (dari Ipoh-73km(1½ jam)
Teluk Batik terletak di mukim Lumut lebih kurang 10 minit dari Bandar Seri Manjung (dari Ipoh-73km(1½ jam)
Perincian maklumat
Teluk
Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Walau bagaimanapun
pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Pantai
yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah
destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana
memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat
pelancongan menarik.
Pantainya
yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa
sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet,
gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan
kanak-kanak.
Kawasan
pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di
bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah
lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.
Sejarah
Sejarah
Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di
Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak
menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan
dan kepunyaan pemilik arang-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka
tersebut.
Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka
menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman
lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak
dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak. Diberitahu oleh
kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang
Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh
kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar
dengan panggilan Teluk Batik.
Panggilan
nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik
ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama Teluk Batak ini telah
ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.
No comments:
Post a Comment